Alhamdulillah saya baru shj pulang dari Haramain, selesai menunaikan umrah bersama suami tersayang. Saya belum lagi balik zqzq, skang depart kat Mansoura dulu di rumah suami.
Baru sempat update blog ni sambil menunggu suami keluar membeli serba sedikit bahan yg tak cukup utk saya masak bt juadah berbuka kami nanti.
Alhamdulillah syukrillah kerana dapat menjadi tetamu rumah Allah pada usia yg muda, bersama mahram suami.
tak dapat digambarkan dgn katakata, perasaan ketika menziarahi Raudhah makam kekasih Allah Rasulullah s.a.w di Madinah.
![]() |
| Jabal Uhud |
Pada hari terakhir, saya menunggu suami utk melakukan salam wida' pada Rasulullah s.a.w bersamasama. Semoga kami dikurniakan rezeki lagi utk sampai. Sangat berat meninggalkan Masjid Nabawi tp tidak sabar utk melihat kiblat, rumah Allah di Makkah. di gambarkan Kaabah itu berada di dalam kawasan yg terbuka dan dapat dilihat dari segenap arah di kawasan Makkah. Rupanya, Kaabah dikelilingi di dlm Masjidil Haram. Sesampai hari pertama, kami selesai menunaikan umrah wajib pada malam itu juga tanpa meninggalkn solat tarawih berjemaah. Alhamdulillah saya ditemani suami yg banyak menguatkan saya. Untuk trip umrah saya, hanya kami pasangan yg sudah berkahwin. Melakukan umrah tawaf dan saei pada waktu siang pada bulan puasa ni, bukan mudah. Ramai kawankawan perempuan saya akan melakukan tawaf dan saei pada waktu berlainan kerana letih. Lelaki pula akan terus melakukan dua rukun itu serentak dan terus menyelesaikan umrah dgn tahallul seterusnya bebas dari pantang larang ihram. Saya melakukan umrah kedua pada pukul 10pagi dimana matahari panas memancar atas kepala. Tapi waktu itu alhamdulillah tawaf tidaklah sesesak malam atau pagi selepas subuh. Kalau di ikutkan kudrat saya, saya akan saei pada malamnya. tapi kerana terdorong dgn semangat suami, saya terus saei bersama sehingga selesai tahallul. Ada juga semasa saya tawaf rukun pada hari yg lain, saya hampir lemas dlm keramaian jemaah pada pukul 6pagi, kaki dipijakpijak, mujurlah suami ada melindungi, menuntun saya dgn sangat kemas di hadapannya. Syukur saya pada Allah di depan Kaabah pada saat itu jg kerana mengurniakan saya seorang suami, mahram utk menemani saya menjadi tetamu rumahNya. Ada jg ketika saya hampir lemah, ingin tidur di Masjidil Haram sebelum meneruskan saei saya pada masa tu, tapi di gagahi suami, erat memegang lengannya utk menyempurnakan umrah kami masa tu bersamasama. Terima kasih sayang.Adanya suami mengalas beban yg berat utk saya, menolong mengangkut air zamzam, menjadi teman keluar di malam hari, menjadi pelindung dalam keramaian, mengimami langkah dan doa, saya sgt bersyukur. Terima kasih sekali lagi sayang. :)
![]() |
| malam |
Waktu setiap hari terluang bersama di Masjidil Haram dari zohor hingga ke pagi waktu sahur, pulang ke hotel sekejap, kemudian ke Masjidil Haram kembali utk solat subuh. Inilah honeymoon pertama kami. Semoga Allah mendengar doa kami dan mempereratkan hati kami hingga ke syurga.
Ameen..
![]() |
| susu camel segar dari ladang. 5riyal sebotol. otw ke hudaibiyah (tempat miqat) |
ok umi, be HAPPY no worry, berkat doa umi jg ni..nanti sampaila tu rezeki umi abah ke Makkah nanti.terima kasih krna mendoakan ikah.. :)
Kami ingin menjadi tetamuMu lagi ya ALLAH..
kurniakan kami rezeki, masa dan kecukupan utk itu ya Allah..
wassalam.
p/s : xdapat diceritakan dgn detail, xsempat edit post betulbetul. blogging-now is falling down from my chart. everyday-housewife dah jadi priority.






1 comment:
alhamdulillah.. sampai jugak ikah dekat sana..
hope i will be there one day =)
Post a Comment