Sunday, August 14, 2011

Bismillahirrahmanirrahim,

Alhamdulillah saya baru shj pulang dari Haramain, selesai menunaikan umrah bersama suami tersayang. Saya belum lagi balik zqzq, skang depart kat Mansoura dulu di rumah suami.
Baru sempat update blog ni sambil menunggu suami keluar membeli serba sedikit bahan yg tak cukup utk saya masak bt juadah berbuka kami nanti.
Alhamdulillah syukrillah kerana dapat menjadi tetamu rumah Allah pada usia yg muda, bersama mahram suami.
tak dapat digambarkan dgn katakata, perasaan ketika menziarahi Raudhah makam kekasih Allah Rasulullah s.a.w di Madinah.


Jabal Uhud
Jabal Rahmah, tempat pertemuan Adam dan Hawa.
Kami di Madinah selama 3hari.
Alhamdulillah,
Pertama Ramadhan kami suami isteri tahun ni di Madinah.
Pertama Ramadhan, kami menziarahi makam Rasulullah s.a.w. 
Pertama Ramadhan, kami bertarawih di Masjid Nabawi.
Pada hari terakhir, saya menunggu suami utk melakukan salam wida' pada Rasulullah s.a.w bersamasama. Semoga kami dikurniakan rezeki lagi utk sampai. Sangat berat meninggalkan Masjid Nabawi tp tidak sabar utk melihat kiblat, rumah Allah di Makkah. di gambarkan Kaabah itu berada di dalam kawasan yg terbuka dan dapat dilihat dari segenap arah di kawasan Makkah. Rupanya, Kaabah dikelilingi di dlm Masjidil Haram. Sesampai hari pertama, kami selesai menunaikan umrah wajib pada malam itu juga tanpa meninggalkn solat tarawih berjemaah. Alhamdulillah saya ditemani suami yg banyak menguatkan saya. Untuk trip umrah saya, hanya kami pasangan yg sudah berkahwin. Melakukan umrah tawaf dan saei pada waktu siang pada bulan puasa ni, bukan mudah. Ramai kawankawan perempuan saya akan melakukan tawaf dan saei pada waktu berlainan kerana letih. Lelaki pula akan terus melakukan dua rukun itu serentak dan terus menyelesaikan umrah dgn tahallul seterusnya bebas dari pantang larang ihram. Saya melakukan umrah kedua pada pukul 10pagi dimana matahari panas memancar atas kepala. Tapi waktu itu alhamdulillah tawaf tidaklah sesesak malam atau pagi selepas subuh. Kalau di ikutkan kudrat saya, saya akan saei pada malamnya. tapi kerana terdorong dgn semangat suami, saya terus saei bersama sehingga selesai tahallul. Ada juga semasa saya tawaf rukun pada hari yg lain, saya hampir lemas dlm keramaian jemaah pada pukul 6pagi, kaki dipijakpijak, mujurlah suami ada melindungi, menuntun saya dgn sangat kemas di hadapannya. Syukur saya pada Allah di depan Kaabah pada saat itu jg kerana mengurniakan saya seorang suami, mahram  utk menemani saya menjadi tetamu rumahNya. Ada jg ketika saya hampir lemah, ingin tidur di Masjidil Haram sebelum meneruskan saei saya pada masa tu, tapi di gagahi suami, erat memegang lengannya utk menyempurnakan umrah kami masa tu bersamasama. Terima kasih sayang.
Adanya suami mengalas beban yg berat utk saya, menolong mengangkut air zamzam, menjadi teman keluar di malam hari, menjadi pelindung dalam keramaian, mengimami langkah dan doa, saya sgt bersyukur. Terima kasih sekali lagi sayang. :)



malam
Kerana tidak sempat pulang sahur di hotel, ada juga pagi kami singgah bersahur di Safwa Tower, nasi beriyani dia sedap dan byk. mkn dua orang pn overload. mjur pagi tu trs bt umrah, so, tenaga telah diserap keluar. sy suka ice blended choc! kat mesir ni, xde dahla. tp dekat rumah mansoura ni, ada Bayro. jus kacang pn ada kat sini, smua jus dia blh bt, mcm2 combination dia blend. ok, tomorrow nite, im gonna ask him to bring me there.. :D


Waktu setiap hari terluang bersama di Masjidil Haram dari zohor hingga ke pagi waktu sahur, pulang ke hotel sekejap, kemudian ke Masjidil Haram kembali utk solat subuh. Inilah honeymoon pertama kami. Semoga Allah mendengar doa kami dan mempereratkan hati kami hingga ke syurga. 
Ameen..


susu camel segar dari ladang. 5riyal sebotol. otw ke hudaibiyah (tempat miqat)
Dalam urusan saya ke Haramain, saya telah mendapat khabar gembira. Alhamdulillah sujud syukur atas berita tersangat gembira dari exco akademik saya. Saya dapat mumtaz utk tahun 3. Ya ALLAH, terima kasih Allah. Macam mimpi bila sy mndapat khabar ini. Tahun yg dikatakan antara yg paling susah ni jg la, saya mendapat pencapaian tertinggi dlm masa 3 tahun saya di sini. Masa mendapat berita tu, saya di Madinah, semasa memulakan ihram,packing barang utk memulakan perjalanan ke Makkah. Mungkin berkat daripada perkahwinan saya, mungkin berkat sbagai isteri dan dari ibubapa saya. Yang peliknya umi saya xterkejut mendengar khabaran ini dari saya, dia cakap, " dah agak dah..".
ok umi, be HAPPY no worry, berkat doa umi jg ni..nanti sampaila tu rezeki umi abah ke Makkah nanti.terima kasih krna mendoakan ikah.. :)

Kami ingin menjadi tetamuMu lagi  ya ALLAH.. 
kurniakan kami rezeki, masa dan kecukupan utk itu ya Allah..


wassalam.


p/s : xdapat diceritakan dgn detail, xsempat edit post betulbetul. blogging-now is falling down from my chart. everyday-housewife dah jadi priority.

1 comment:

saperakue said...

alhamdulillah.. sampai jugak ikah dekat sana..
hope i will be there one day =)