Friday, May 06, 2011

Bismillahirrahmanirrahim..


Farewell Usrah Mariatul Qibtiyah . sudah tawakuf sudah. exam makin dekat. 
mansoura dah nak masuk pract ke 3. kami zqzq lagi seminggu.
byk di bincangkan dalam usrah tadi. 
ada yg berkongsi perasaan berada di Makkah. dugaandugaan. manisnya ibadah. 
utk mereka(perempuan), malammalam utk ke masjid/etc perlu musyrif lelaki. alhamdulillah, saya sudah punya mahram.
doadoa smoga tahun ni ada rezeki sampai di Tanah Haram. sebak di dada dgr cerita tadi. ingin sekali utk sampai ke sana menunaikan umrah. tak semestinya ada duit, kita dah boleh sampai. bergantung pada niat. dari sekarang lagi perlu doa banyakbanyak. seandainya ada peluang, rezeki nanti, semoga tiada halangan besar utk menunaikan umrah. inshaALLAH, ada rezeki kami nanti..ameen.


katakata naqibah, stiap yg keluar dr mulut beliau, bt saya tertunggutunggu. sentiasa terselit ayat Quran. makin yakin sy jadinya dgn jalan yg saya ambil sekarang. katanya, semulia-mulia Rasulullah s.a.w, sebersihbersih hati baginda, masih lagi dipanggil majnun, ahli sihir, etc. orang orang sekarang, " taknak lah dgr kata ulama' ni, dia bknnya nabi" . dlm sirah yg diceritakan tadi. masyarakat yg sempat melihat baginda pula menginginkan malaikat dan sebolehnya ingin melihat Tuhan. sedangkan ulama membawa ajaran baginda, dan baginda membawa wahyu Allah. lagi satu peringatan dari naqibah tadi, utk panggilan Rasulullah s.a.w, Allah menegah baginda dipanggil dgn panggilan seperti kebanyakan orang. Hendaklah dipanggil dgn panggilan baginda.
satu lagi benda yg menarik perhatian kami tadi, ada tiga isi yg berkaitkait yg mana pengakhirannya kita dapat ambil bahawa, " Kita patut melihat apa yg dikata, bkn orang yg berkatakata. ".  Itulah masalah masyarakat sekarang. semua orang tidak sempurna, semua orang ada kisah silam. yang penting, the present and future. apa yg kita nak jadi. usahlah disebutsebut kisah silam. usah di biarkan hati raguragu  utk berbuat baik kerana kisah silam. telinga yg berkata, lagi dekat dgn mulutnya berbanding orang yg mendengar. so, apa yg dikata, sampai dahulu ke telinganya sendiri, peringatan utk dirinya sendiri juga. kita manusia. iman naik dan turun. bkn malaikat. kadangkadang ada silap. yg penting, kita belajar. :)


lepas sampai kat rumah, bercakap dgn abang. semua yg saya dapat dlm usrah, beria-ria saya berkongsi. dia dengar dgn penuh minat, makin bersemangat saya bercerita. alhamdulillah, usrah utk tahun ni sudah tawakuf, lepas ni, abang la plop kena usrah dgn saya. minggu depan ni dia datang. sangat rindu. sangat sangat. 
penguat saya ada pada dia. saya cuba perbaiki diri. mula dari dalam. selari dgn di luar. semangat selepas bergelar isteri, makin kuat smgt utk perbaiki diri. apa yg ada pada sy sekarang itulah dia. dan utk pada masa akan datang, saya akan berusaha. 


terima kasih utk pengajaran hari ini. alhamdulillah saya dapat tangkap banyak isi-isi dalam usrah tadi. selebihnya, perlulah buka balik al-Quran, tgk balik tafsir ayatayat surah al-Furqan dan al-Tahrim.
Syukrillah.. tapi perlu beringat-ingat. makin mencuba kita, makin dekat Tuhan dengan kita dan makin banyak ujian pada kita. semoga saya tidak jatuh, dan abang, kuatkanlah saya. :)

No comments: