Tuesday, January 11, 2011

ini straight. entry kali ni guna aku.


tutup lampu, hadapkan heater ke arah tempat tidur.
fikiran entah kemana tapi aku tahu satu apa yg aku fikir.
betul ke apa yang aku buat. kenapa dia pilihan aku.
byk yg terlintas malam tu.sekarang, hanya separuh dtg semasa menulis.
aku state secara random.


maafla kalau ini kali pertama aku state pasal ni je.maafla kalau xsedap, aku main tulis. maafla kalau korang rasa menyampah, ini rasa aku.baik pergi, dari dapat ulcer lidah.
aku tidak nyatakan siapa. tp ciriciri yg menjadikan lelaki pilihan aku, inshaALLAH.

cerita aku tak macam hikayat yg penuh anganangan.sukasuka nak masuk kuar.cite aku takde abang badang atau ayu.
tapi aku suka cite tu. =B
merapu. 
ok. straight apa yg aku fikir pas aku ready nak tido.pas study nak pecah otak, rehatla minda sikit fikir masa depan..


pertamatama sekali.agama. itu yg paling aku sayang. itulah yg saya harapkan untuk menjadi rotan hidup. salah aku di tegur.WAJIB. 


dia menghormati ibu bapa aku. dan ibu bapanya. itu memang dia jaga. pernah aku merajuk. hanya sedikit jiwa remaja yg aku ingin kongsikan dgn emak aku.emak aku faham. dan semua sudah okay.
tapi perkara itu diambil berat. jangan lakukan lagi. ibu bapa tetap ibu bapa. taraf mereka bukan sama sisi dgn kita.aku akui, dia betul. dia ajar aku cara menghormati ibu bapa aku dan org lebih tua. ada bab aku dah tahu, tapi ada bab, aku perlu diperbetulkan.


pulang bercuti di malaysia, pernah membawa pesanan ayahnya kpd keluarga kami.lemang bakar sendiri jadi santapan. pertama kali ak dapat merasa kepala santan bahagian teratas lemang. sedap, lemak tidak terkira. aku impikan, tiaptiap tahun aku dapat rasa lemang seperti raya tahun tu.


aku ingat lagi,tanpa notis awal dia datang ke rumahku.
dia tidak berbangga dengan harta ibubapa. hanya sekali dtgnya dgn kereta kerana suruhan ayah.
datangnya menaiki motosikal, menyapa ayahku yg sedang memegang cangkul di halaman depan rumah kami
kami tidak sempat menyiapkan apaapa yg istimewa. ckpla nasi lemak yg kami tutut menjadi santapan kami sekeluarga pagi itu.
utk special sikit, kami menawarkan jus epal hijau tetapi menolak. cukupla teh panas kerana masih pagi. dia sangat menjaga kesihatan. aku suka bab tu.


selepas majlis penyembelihan aidil adha, aku mendapat khabaran,
dia turut menyembelih lembu korban,itu pengalaman pertamanya. aku melihat gambar di upload oleh salah seorang pemegang DSLR pagi korban, ya, tangannya memegang pisau, usai menyebut namanama yg mengambil bahagian, dia menyembelih lembu korban.
bila aku tahu, aku terkejut.tp senyum. senyum bangga kerana dia lelaki berani. ibunya ptt berbangga lahirkan anak seperti dia.
aku yakin dia boleh mengendalikan majlismajlis agama. inshaALLAH dia boleh menguruskan tugastugas seorang anak dari segi agama.
kata ayah sentiasa patuh.
inshaALLAH, dia boleh menyempurnakan tugas sebagai seorang suami dan ayah kepada anakanak aku.ini jangka masa jauh, tapi betul. ini sangat penting. aku boleh harapkan lelaki yg punya ciri seperti tu.


dia menjaga perbelanjaan dgn rapi. dia pandai berjimat. dia tidak boros seperti aku.
pernah dapat khabaran ibunya sangat garang.
apa yg salahnya. rumahnya tidak menjadi tempat lepak kawankawan. orang sukar membuat bukanbukan. 
di minta kawan utk membawa kereta emak utk ke suatu destinasi bersama kawankawan.
ibu tidak mengizinkan. patuhnya , terus memberitahu kawankawan, dia tdk mendapat kebenaran.
mudahnya dia, 
tidak ibunya, tidak baginya.
ya ibunya, iyela jg baginya.
garang ke? takla. ini aku knl sendiri. cuma, dia jenis berterusterang. tapi bgsla dari kutuk belakangbelakang.
dia memangla kena pandai main peranan bila semua anaknya, semua lelaki.


student lelaki ada yg membeli sweater sampai 500LE. aku rasa dia bukan lelaki tu.
500LE blh buat belanja makan sebulan. 


dia pernah lalui zaman susah. jadi dia tahu menghargai zaman senang.
aku pun sama. tp aku kadangkadang terlupa zaman susah bila berada zon senang.masa jatuh, baru aku ingat balik.
aku memang dah biasa di ajar susah.di suruh.


dia sgt pegang prinsip dia.
selalunya keputusan yg dia amik, susah nk di ubah. bknnya macam daun kering di tiup angin.
fikiran melihat jauh, jangka masa panjang. 


rupa. bkn tu yg aku pandang.
bukannya pasti aku boleh tengok pun.utk masa sekarangla.
aku bkn sesiapa lagi.
ala, aku knl dia pn, aku tak tgk pn muka dia macam mana.


duit. lagila tak. aku bkn materialistik.
aku dah ada yg aku. aku tak harap orang lain punya.
aku bkn sesiapa lagi. 
jadi buat apa aku tgk yg tu. cukupla nanti, dia sempurnakan nafkah yg patut dia bagi.
jangan manjakan aku dgn harta. aku takut terlara bila aku papa. 


study. bidang yg dia ambil juga bidang yg aku suka.
banyak ilmu manusia. 
tapi dia tak lupa ilmu agama.
fiqh wanita, itu tggjawab dia, inshaALLAH dia mendalaminya
yg ni kawan aku bgtahu. dia menyertai satu program ceramah agama gabungan yg menjemput peserta luar dari penganjur, bertajuk haid dan nifas. aku sendiri pn tak join. tp ada sebab. aku dah siap semua tiket utk ke dubai time winter break tu.
aku tak tahu. mungkin tu salah satu persediaan bg dia.
utk isteri dia. mungkin aku. atau sesiapa. aku belum tentu jodohnya dgn aku. dia hanya di sana. aku bergelut di sini.
tapi doakan orang tu aku.


maaflah.
terpanjang.
mungkin boleh jadi lebih panjang.
tapi bukan sekarang. 
tunggula kalau ada rezeki, blog ini masih hidup, di admin oleh isteri orang.
aku dah taknak terhanyut. tolonglah.
sesiapa yg fikir buruk ttg aku, silakan. anda punya fikiran. bkn aku.
jangan puas dengar aku sebut sal kawin. 
yela. takkan aku nk galak korang couple. aku sendiri pun tahu salah.
syukur jg keliling, ramai je kawin kat sini. kalau tak kerana diorang, mungkin aku masih terhanyut. terus terhanyut.dalam hubungan tak halal ni. sebab diorang, ramai jg studentstudent sini fikiran dah terbuka, ttg kawin.
aku cakap ttg kawin pn, aku bukan sajasaja.bkn aku gurau senda. itu ada maksud. dan hajat. dan aku betulbetul serius.


setakat ni.
sesiapa pun dia dalam panjangpanjang aku tulis atas ni,
ini semua contoh aku boleh bagi. dari apa yg aku tahu.
aku harap dia lelaki, yg boleh bersama aku, di dunia. dan juga dunia sana.
dia, aku tak harapkan kebanggaan, tapi permulaan yg suci.
dia, aku tak harapkan kemewahan, tapi cukupla sekadar kemampuan.
dia, aku tak harapkan di manjakan, tapi cukupla kelembutan utk aku seorang perempuan.
ini bukan sekarang. tapi hati yg halal utk aku pada masa hadapan.


atas tu aku.
dan ini saya.
saya tgk aku betulbetul serius. aku tu rasa macam xpernah pula straight macam ni. tapi aku harapkan saya dan kamu doakan.
semoga aku tu mendapat cinta yg halal baginya.
saya doakan utk aku. kamu pun doa sama ye?
inshaLLAH.

3 comments:

fa-aja-aja said...

May u lead a blissful life ikah! ;) Aminnnn~

ikah adnan said...

thank you pot! :)
inshaALLAH aminnn..:)

Miszcahye said...

ikah...
inshaAllah itu yg terbaik :)))
semoga semuanya dipermudahkanNya