Sunday, May 01, 2011

Bismillahirrahmanirrahim.
Dari usrah yg saya join semalam, banyak yg saya belajar. tapi sayang, apa yg berlaku, semuanya setelah saya pulang dari usrah. alhamdulillah, sebelum tu, saya di suap makanan rohani yg sudah lama sepi dari usrah-usrah ni. Smart circle saya  yg lama telah dibubar. Naqibah saya sebelum ni terlalu sibuk dgn kewajipan lain.
Inshaalah semuanya bermanfaat utk saya dan ahli-ahli usrah yg lain.
banyak yg kami bincangkan. hadis, sirah, isu-isu semasa, etc.
saya dapat mengambil sedikit semangat salah sorang usrah saya sbg seorang da'ie yg kental hatinya, dalam menerima response negatif dari orang sekeliling. dia jg punya kisah silam yg teruk, akuinya.
saya belajar. dan proses ini akan tetap berterusan, belajar sebagai seorang beragama Islam bkn kerana keturunan dan sebagai seorang isteri. 
dan lagi, tentang :
HIKMAH DIAM
1. Sebagai ibadah tanpa bersusah payah.
2. Perhiasan tanpa berhias.
3. Kehebatan tanpa kerajaan.
4. Benteng tanpa pagar.
5. Kekayaan tanpa meminta maaf kepada orang.
6. Istirehat bagi kedua malaikat pencatat amal.
7. Menutupi segala aib.




Hadis2 Rasullulah, 

"Barangsiapa yang banyak perkataannya, nescaya banyaklah silapnya. Barangsiapa yang banyak silapnya, nescaya banyaklah dosanya. Dan barangsiapa yang banyak dosanya, nescaya neraka lebih utama baginya". 
( Riwayat ABU NAIM )

"Barangsiapa yang beriman kepada Alah dan Hari Akhirat, maka hendaklah ia berkata yang baik atau diam". 
( Riwayat BUKHARI & MUSLIM )

"Barangsiapa diam maka ia terlepas dr bahaya".
( Riwayat AT-TARMIZI )
“Seorang Mukmin bukanlah pengumpat ,yang suka mengutuk, yang keji dan yang ucapannya kotor”

( Riwayat BUKHARI )

” Dan tidak akan dicampakkan manusia ke atas muka mereka
atau batang hidung mereka ke dalam neraka, melainkan hasil tutur bicara mereka. ”
(Riwayat TIRMIZI)



YA ALLAH, peliharalah aku , hati dan lidahku. Untuk berkata baik dan benar. Untuk menerima pengajaran dan teguran.
ameen.
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
abang, fitrahku perlukan mu.
jadikanlah aku, wanita syurga.
Mengerti benar akan maharku.
Taat itu bukan hanya pd nama, indah ia pd mksudnya..

No comments: